Nik Sayyidah Fatihah

Nik Sayyidah Fatihah atau lebih mesra dipanggil Mek merupakan seorang aktres komedi yang popular di Malaysia. Artis asal Kelantan yang berketurunan Melayu-Siam ini mula diperkenalkan di persada seni menerusi sitkom Salam Pantai Timur yang mula disiarkan pada tahun 2001. Setelah sekian lama hanya sekadar muncul dalam sitkom tersebut, sejak 2006 beliau mula muncul dalam produksi lain. Mek popular menerusi telenovela Ezora yang disiarkan di TV3 pada tahun 2008 serta muncul dalam filem-filem komedi arahan Ahmad Idham seperti Brainscan: Aku dan Topi Ajaib & Senario Episod 2: Beach Boys. Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Mek dicalonkan untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).

Nik Sayyidah Fatihah

Tahun aktif 2001 – kini
Nama lain Nik Mek , Mek Siti
Warganegara Malaysia
Kelahiran Nik Sayyidah Fatihah Yazib
Kelantan, Malaysia